Selamat Datang Ke SK Gong Dermin Blogspot ...Dekat Di Hati Untuk Bersama Anda .....Dari Mukhlis andainya perjalanan seperti yang dirancang dimakbulkan .....ingin rasanya hati megambil kesempatan yang terluang kepada semua Warga SBPIBR mohon maaf andainya ada salah dan silap .terkasar bahasa perbuatan tingkah laku ...mohon maaf atas terlebih gaya terlebih tindakan terkasar bahasa dalam mendidik dan menjaga anda semua ..dan jadikan semua pengalaman itu sebagai warna kehidupan untuk mengindahkan lagi kehidupan anda ...dan saya doakan semoga anda semua menruskan perjalanan ini dengan rahmat Allah ...permohonan sudah diluluskan ..cuma menungu kunjungannya sahaja ....aku akan terus tabah ....salam sayang buat semua warga SBPIBR terima kasih atas layanan selama kaki meginjak tanah persisir pantai ini ..halalkan makan minum what ever semualah ...kalau terguris hati pun maafya ....apapaun kami sayang kamu kami sayang SBPIBR kami sayang bumi SBPIBR .............kami akan kenang anda semua ....> Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 7 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ................ TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >

Monday, December 28, 2009

Syabas..Che Nur Syafika bt Che Othman (6C/06)

Berbaloi-baloi.... Kenal tak Che Nur Syafika ?? Ingat betul-betul...
Bekas murid SKGD-Tahun 6 Cemerlang 2006. Setelah mendapat 5A dalam UPSR,pada mulanya agak kecewa juga bila tidak mendapat tawaran ke SBP atau MRSM.

Keputusan PMR baru-baru ini,dia telah mencapai kejayaan cemerlang,9A (straight A's).
Syafika menanam cabaran dalam dirinya sendiri untuk membuktikan bahawa dia juga seorang pelajar cemeralang. Sebaik mendaftar di SMK(A) Naim Lilbanat,dia telah mencabar dirinya untuk mencapai 9A. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar guru dan jadual belajar sendiri yang konsisten dia berjaya.

Lalu..kenapa harus ditonjolkan dia??? Ya lah, dia kan bekas SKGD dan yang tersirat ialah ingin diberitahu bahawa dia adalah anak cikgu sekolah ini juga... anak sulung Puan Noraini bt Hamid. Kalau nak dikira,masa untuk Puan Noraini mendampingi anaknya dalam menghadapi PMR jauh lebih sedikit berbanding memberi ilmu kepada murid-murid SKGD. Sebagai guru matematik tahun 6 dan juga guru disiplin,banyak masa yang diperuntukkan di sekolah. Tetapi dia tahu,kerja ikhlasnya pasti akan diberi ganjaran dan balasan baik oleh maha pencipta.

Maka kepada murid-murid,ibubapa mahupun guru-guru yang lain,buatlah kerja kita dengan jujur dan ikhlas,nescaya Allah tidak akan menghampakan kita. Sama-samalah kita doakan kejayaan cemerlang Che Nur Syafika akan berterusan.

Friday, December 25, 2009

UPSR 2009

Tawaran Ke Tingkatan 1 Tahun 2010 Sekolah Rancangan Khas JPN Kelantan

Alhamdulillah sehingga tarikh hari ini,seramai 14 orang murid Tahun 6/2009 telah ditawarkan ke sekolah tersebut(SRK). Senarai nama murid yang mendapat tawaran ialah :

1. Nur Aliya Syaffa' bt Khiruddin - SMK Zainab 1,KB
2. Nik Nurul Fatini bt. Shamsul Zuhairi - SMK Zainab 1,KB
3. Nor Shazniza bt Mustapha - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
4. Nur Ain Jannah bt Zahari - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
5. Ainul Mardhiah bt Che Jawias - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
6. Ain Salsabila bt Amran - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
7. Noor Atikah bt Abd Aziz - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
8. Anis Adleina bt Mohd Azhar - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
9. Noor Aifa bt Zulkifle - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
10.Nur Nadira Aiza bt Che Rani - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
11.Azam Al-Murshid b Hamdan - Maktab Sultan Ismail,KB
12.Muhammad Nasri b Abd Aziz - Maktab Sultan Ismail,KB
13.Mohamad Zulhilmie b Khairul Anuar - Maktab Sultan Ismail,KB
14.Wan Amirul Arif b Wan Mustapa - Maktab Sultan Ismail,KB

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid tersebut dan menasihatkan mereka agar sentiasa menjaga prestasi akademik dan sahsiah yang cemerlang dan menjadi pelajar unggul di sekolah baru nanti.

Mereka juga diminta bersedia menerima alam persekolahan yang baru dan tidak ditimpa kejutan budaya. Jati diri yang dipupuk selama ini akan menjadi benteng yang kukuh buat murid-murid berkenaan.

Bagaimana pula dengan murid-murid lain? Guru Besar percaya tawaran lain akan menyusul samada SRK lain ataupun Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun MRSM. Maklumat ini dapat disebarkan kerana surat tawaran mereka sampai di sekolah.

Kepada murid-murid lain diharap bersabar menunggu tawaran dan jika tercicir,peluang kedua mungkin ada terutama bila ada murid yang menolak tawaran ini.

Tuesday, December 22, 2009

Sunday, November 22, 2009

Anugerah Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah

Adik Anis Nabilah bt Mohd Zaimi (Tahun 5 Anggerik) telah dinobatkan sebagai penerima anugerah khas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun ini. Beliau telah mengalahkan murid-murid lain dalam pertandingan kelolaan PSS.

Anis Nabilah membuat projek buku skrap "Didik-Puisi". Koleksi keratan puisi dalam sisipan Didik Berita Harian beliau telah menarik perhatian para juri.

Penyelaras PSS,Puan Ruzaini bt Ab Sattar menjelaskan bahawa buku skrap yang dihasilkan Anis Nabilah telah disusun dengan menarik dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan murid-murid lain.

Tahniah dan teruskan dengan topik lain pula.


Anis Nabilah menerima hadiah dari Guru Besar

Saturday, November 21, 2009

UPSR 09: Pencapaian 5A Meningkat



Keputusan UPSR tahun ini kembali meningkat. Seramai 25 orang calun telah berjaya mencapai 5A dan peratus kelulusan am ialah 73.7%. Manakala pencapaian 4A ialah 17 orang. Seramai 152 orang calun telah menduduki peperiksaan tahun ini.

Guru Besar dalam ucapan semasa mengumumkan keputusan pada Khamis lalu mengucapkan syukur dan syabas kepada murid yang berjaya. Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada semua program yang dilaksanakan terutama kepada guru-guru tahun 6 yang banyak membuat pengorbanan bagi meletakkan sekolah sebaris dengan sekolah cemerlang lain.

Berbagai program telah dilaksanakan seperti Kelas Serambi,Kelas Intensif Hujung Minggu ( Sains dan Bahasa Inggeris ),Kelas Tuisyen Malam,Kem Motivasi,Permuafakatan Ibubapa dan Sekolah,Seminar Teknik Menjawab Soalan,Gerak Gempur Soalan Lepas,Solat Hajat Murid,Solat Hajat Ibubapa,Insentif Ujian Bulanan oleh JK Peningkatan UPSR dan Kedai Sekolah dan beberapa program lain adalah antara penyumbang kejayaan ini.

Walaupun pencapaian ini gagal menepati sasaran sebenar (40 orang 5A),pihak sekolah berpuashati dan berazam untuk membuat peningkatan yang lebih besar pada UPSR 2010. Segala program ini akan diteruskan dengan membuat sedikit penambahbaikan.
Guru Besar juga menegaskan bahawa semua pihak tidak boleh menjadikan sekolah pinggir bandar sebagai alasan untuk tidak cemerlang kerana banyak sekolah luar bandar lain menunjukkan peningkatan yang ketara.

Beliau juga menasihat murid-murid yang tidak mencapai 5A agar tidak kecewa dan keputusan hari ini bukan bermakna kegagalan pada masa hadapan. Kuatkan azam dan usaha untuk membaiki presatsi masing-masing.Contohilah disiplin dan semangat belajar mereka ini.

Thursday, November 19, 2009

Program 'Golden Holidays'

SK Gong Dermin akan melangsungkan program ini selama 4 minggu bermula pada 22 Nov,2009 hingga 15 Dis,2009. Jadual program juga sudah diedarkan untuk semua murid berkenaan.

Program ini merupakan pakej persediaan murid-murid Tahun 5 menyediakan diri untuk ke Tahun 6 pada 2010. Kalau tidak silap penulis,pada peringkat awal pelaksanaan dahulu, guru-guru ETEMs juga terlibat menambah ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di samping berlatih mengasah lidah dengan sebutan dan menggunakan perbendaharaan kata yang betul.

Menurut Guru Besar,taklimat kepada ibubapa telah dibuat semasa mengadakan perjumpaan ibubapa murid Tahun 5 (UPSR 2010) dalam bulan Oktober lalu.Boleh dikatakan semua ibubapa setuju dan yakin program ini akan memberi faedah kepada anak-anak mereka.
Untuk tahun ini murid-murid akan dikumpulkan dalam tiga kelas,iaitu Kelas 1 dan 2 adalah merupakan murid-murid yang mencapai tahap pembelajaran yang sepatutnya. Manakala Kelas ke 3 adalah merupakan murid-murid yang agak perlahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu dalam 4 subjek teras.

Program 3 hari seminggu ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam12.00 tengahari. Semua guru akan menggunakan modul yang disediakan. Giliran tugas mengajar telah dibuat mengikut keselesaan guru-guru sendiri sesuai dengan perancangan bercuti mereka. Boleh dikatakan setiap guru hanya akan menjayakan program ini sekali sahaja. Guru Besar menyifatkan kehadiran ke program ini sebagai ganti kepada giliran guru-guru bertugas masa cuti penggal persekolahan.

Encik Nawi amat mengharapkan ibubapa memberikan sokongan kepada program ini selaras dengan penyataan mereka semasa perjumpaan ibubapa lalu. Disamping itu sebahagian murid-murid Tahun 1 juga akan menjalani Program KIA2M seiring dengan Program 'Golden Holidays'ini.

Ayuh ibubapa, ayuh anak-anak pastikan program ini berjaya. Bersamalah kita meninggikan lagi martabat anak didik Sek.Keb.Gong Dermin.

Monday, November 16, 2009

Majlis Khatam Al Quran 2009

Panitia Agama Islam dengan kerjasama Unit J-Qaf dan Unit KAFA(Kelas Agama dan Fardu Ain)telah berjaya mengadakan majlis tersebut pada 16 November,2009 di Dewan Wawasan Sek.Keb.Gong Dermin. Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi.Tema majlis ini ialah " Al-Quran Pemangkin Insan Berwawasan Dunia dan Akhirat"

Tuan Haji Ab Ghaffar bin Mat Hussin ( Guru KAFA / Imam Muda Mukim Mentuan ) telah diberi tanggungjawab sebagai Khalifah pada majlis tersebut.
Seramai 97 orang murid telah pun khatam Al-Quran pada tahun ini.Mereka terdiri dari murid-murid Tahun 2 hingga 6.

Guru Besar semasa membuat ucaputama telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid berkenaan dan juga pihak panitia.Beliau menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk khatam A-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

En.Nawi juga mengimbau kenangan semasa beliau masih di sekolah rendah yang sentiasa berazam untuk khatam Al-Quran sebelum masuk persekolahan menengah.Beliau menceritakan bagaimana usaha belajar Al-Quran tanpa mengira masa tambahan pula disiplin ayahnda dan bondanya yang akan merotan jika tidak 'mengaji'.Alhamdulillah beliau berjaya khatam sebanyak dua kali semasa di peringkat umur sekolah rendah.

Beliau juga menetapkan KPI untuk panitia Pendidikan Agama Islam,J-Qaf dan KAFA supaya seramai 50% murid akan khatam pada tahun 2010.Mereka mesti meletakkan agenda ini dalam perancangan strategik unit berkenaan.

Guru Besar juga hairan dengan bilangan murid khatam yang sepatutnya lebih banyak memandangkan sekolah ini berada berhampiran dengan pondok ( Pusat Pengajian Pondok Pasir Tumboh ). Ibubapa diminta merenung kembali peranan mereka dan tidak meletakkan tanggungjawab ini kepada sekolah sahaja.

Akhir sekali beliau menyeru murid-murid supaya ' ngaji dan namat' sebelum masuk sekolah menengah.




Saturday, November 14, 2009

Sukaneka Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP)

Unit Hal Ehwal Murid(HEM) telah berjaya mengadakan Sukaneka RIMUP pada hari Rabu (11 Nov,2009)lalu bermula jam 8.40 pagi.Sukaneka tersebut diadakan di Dewan Wawasan,Sek.Keb.Gong Dermin dan dirasmikan oleh En.Nawi Bin Mohammad(Guru Besar)

Seramai 384 orang murid telah mengambil bahagian dalam 12 acara yang dijalankan mengikut peringkat umur ( Tahun ).Selain itu penganjur juga menjemput tiga sekolah berhampiran untuk mengambil bahagian dalam kategori sekolah jemputan.

Objektif utama ialah untuk melahirkan murid-murid yang mampu menjalin perpaduan sesama mereka dan juga rakan-rakan dari sekolah jemputan. Disamping itu jaga mereka akan sentiasa menghargai perpaduan yang terjalin selama ini.

Walaupun penganjuran adalah secara ringkas dan mengikut bajet yang terbatas,murid-murid telah menunjukkan prestasi penyertaan yang amat memuaskan.
Mereka amat seronok dan meminta sukaneka dilanjut dengan beberapa acara tambahan diadakan.Namun Penolong Kanan HEM (Pn.Hajjah Siti Khadijah bt.Abdullah) tidak dapat memenuhi permintaan tersebut lantaran kesuntukkan masa dan bajet yang amat terhad.

Semoga acara ini dapat diteruskan lagi pada tahun 2010 dengan jemputan dari sekolah Jenis Kebangsaan pula.




Tuesday, November 10, 2009

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ)

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) Peringkat PPD Kota Bharu telah diadakan pada 9 - 10 November,2009. KLAQ dilangsungkan serentak di lima venue.Kem dua hari ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 4 petang.

Sek Keb Gong Dermin antara sekolah yang terpilih sebagai venue. Sebanyak 5 buah sekolah terlibat ( SK Padang Garong 1,SK Lundang,SK Kota Jembal,SK Banggu dan SK Gong Dermin ) dan disertai oleh seramai 100 orang murid Tahun 4. Fasilitator pula terdiri dari kalangan guru-guru J-Qaf dari sekolah berkenaan dan diketuai oleh Ustaz Herman ( Jurulatih Utama J-Qaf PPD Kota Bharu)

En.Nawi b Mohammad (Guru Besar,SK Gong Dermin) telah memberi kerjasama penuh dan sentiasa membuat tinjauan, mendapati peserta-peserta KLAQ telah memberi tumpuan penuh dan melibatkan diri secara aktif dengan kesedaran mereka untuk menguasai Al-Quran.

Menurut Ustaz Mohd Faisal b Mohd Nawawi ( fasilitator SK Gong Dermin ) kem ini perlu diteruskan pada masa hadapan agar bilangan murid-murid yang belum menguasai Al-Quran dapat dikurangkan disamping mereka seronok belajar dalam persekitaran yang berbeza dan terancang.

Saturday, November 7, 2009

Syabas Red Warriors

Olek...Olek...Olek...Olek....
Sumbat gol.....Sumbat gol....

Tahniah kepada semua pemain bolasepak Kelantan yang telah berjaya ke final Piala Malaysia. Penantian hampir 40 tahun semua rakyat Kelantan bakal direalisaikan pada malam ini. Kehadiran hampir 60,000 ribu penyokong yang mengharungi air bah sejak semalam dan ditambah lagi dengan anak Kelantan di ibukota akan menyemarakkan lagi perjuangan pemain di padang.

Pasukan Kelantan yang diterajui Tan Sri Annuar bin Musa telah membuktikan bahawa disiplin dan komitmen yang tinggi akan menghasilkan kejayaan. Disamping itu pujian juga harus diberikan kepada Kelab Penyokong Kelate yang sentiasa menyokong pasokan Red Warriors.

Kami mendoakan Kejayaan Red Warriors. Kepada penyokong di stadium harap dapat jaga kelakuan anda ,jangan sampai menjadi tekanan kepada pemain dan berhati-hati di jalanraya.

"GOM0 KELATE GOMO"

Wednesday, November 4, 2009

Lawatan Pemantauan dan Khidmat Bantu PSS

Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menerima Lawatan Pemantauan dan Khidmat Bantu dari pihak Pusat Kegiatan Guru Tapang,Kota Bharu,Kelantan pada 3 November,2009. En.Mohd Faizal bin Md.Noor,Pegawai Teknologi Pendidikan (IT) mewakili PKG Tapang telah mengadakan penyeliaan dan perbincangan dengan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (Puan Ruzaini bt Ab. Sattar)

Beberapa aspek yang dibincangkan ialah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah,Penggunaan School Net,Pelaksanaan EduWeb,Penggunaan Makmal Komputer Sekolah,Penggunaan dan Keberkesanan Bahan Pelbagai Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran,Program NILAM dan beberapa isu lain yang ditimbulkan.

Kedua-dua pihak berpuashati dan pihak PSS menerima baik segala teguran dan cadangan yang dikemukan.

Tuesday, November 3, 2009

Mesyuarat Perancangan Sekolah 2010

Jawatankuasa Perancangan Sekolah telah mengadakan mesyuarat tersebut pada 1 November,2009 bermula jam 8.30 pagi di Bilik Gerakan Sekolah.
Menurut Guru Besar,En.Nawi bin Mohammad mesyuarat ini diadakan lebih awal bagi mengkaji dan menilai beberapa perkara yang perlu dimantapkan serta ada yang perlu dibuat penambahbaikan dan seterusnya merumuskan garis panduan dan halatuju sekolah pada tahun 2010. Pentadbiran sekolah membuat keputusan secara kolektif kerana kejayaan dan kecemerlangan sekolah bukan hasil mana-mana individu tetapi sentiasa berperanan dan bergerak dalam satu pasukan.

Berbagai keputusan dan dasar telah dicapai dan penolong-penolong kanan diminta supaya menggerakkan unit masing-masing dengan mengadakan mesyuarat pertama mereka sebelum penggal persekolahan berakhir.

Mesyuarat tamat pada jam 1.30 petang.


( ahli mesyuarat memberikan komitmen masing-masing dalam suasana tenang
)

Monday, November 2, 2009

LDP Excell Untuk Pengajaran


( sesi makan tengahari ) ( peserta tekun memberikan perhatian )


( Grup ustazah saling membantu ) ( Pn.Nor Madiah dan Pn.Ruzaini )

Tanggal 31 oktober,2009 seramai hampir 45 orang guru sekolah telah menghadiri kursus penggunaan ms excell anjuran sekolah. Kursus dijalankan di makmal komputer sekolah. Menurut penyelaras LDP,Pn.Siti Maryam bt Mohd Zain kursus sehari suntuk yang bermula jam 8.30 pagi ini diadakan adalah atas permintaan guru-guru sendiri dan menggunakan tenaga dalaman sebagai fasilitator. Antaranya ialah En.Ajaha b Ab Kadir,En Yahya b Mat Arop dan En.Amran bin Chik

Maklumbalas dari peserta kursus adalah amat positif.Kefahaman dan penguasaan mereka telah meningkat dan mereka mengharapkan agar beberapa siri kursus yang lain dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Sekitar Lawatan Ke Kuala Lumpur

Friday, October 30, 2009

"Terima kasih Komuniti 3C Persint 9,Putrajaya"





Semua ahli rombongan ke Kuala Lumpur merakamkan ucapan terima kasih yang tidak ternilai atas layanan mesra dari pihak komuniti 3C Persint 9,Putrajaya. Kami amat terkejut dengan layanan yang tidak dijangka dan dibuat secara penuh kemesraan. Ini membuktikan komuniti di sana tetap mengamalkan adat ketimuran yang turun temurun diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Juadah sarapan pagi yang disediakan dimasak oleh mereka di rumah masing-masing dan dihidangkan kepada kami dan juga komuniti mereka. Bagi anak-anak Sek Keb Gong Dermin, mereka nampak terkejut dan malu-malu dengan keramahan pihak sana.

InsyaAllah kita akan bertemu lagi. Terima kasih kepada En.Zakaria dan seluruh warga Putracourt3C Persint 9,Putrajaya.Semoga Allah membalas jasa baik tuan-puan semua.

Ujian Pencapaian Akhir Tahun

Akan diadakan pada 2-4 November,2009 ( Isnin - Rabu ). Jadual ujian sudah diedarkan kepada guru kelas masing-masing. Jika terdapat sebarang kekeliruan,sila hubungi En. Mohd Adnin bin Md.Yusoff ( Setiausaha Peperiksaan dan Penilaian Sekolah)

Pencapaian murid akan digunapakai untuk penentuan kelas dan aliran untuk sesi persekolahan 2010.

Selamat menghadapi peperiksaan.

Majlis Solat Hajat UPSR




Selamat diadakan pada 19 Ogos,2009 bermula dengan solat maghrib berjemaah,bacaan yasin dan solat isyak. Majlis diimamkan oleh Ustaz Haji Abdul Halim ,guru agama Pondok Pasir Tumboh.Lebih dari 250 ibubapa dan pelajar Tahun 6 hadir.Semoga mendapat berkat dan hidayah Allah.InsyaAllah

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

Thursday, October 15, 2009 · 1 comments

Tarikh : 22-25 October,2009 .
Kelulusan JPN sudah diterima. Semua peserta diminta mendapatkan surat izin dari Puan Roseyati dan kembalikan pada 20 Oct,2009 sebelum 12.00 tengahari.
Tentatif akan diedarkan kepada mereka yang sudah menyerahkan borang tersebut.

Jadual penerbangan juga akan dimaklumkan. Sila pastikan dapat berada di airport lebih awal kerana airport dijangka sesak ( musim haji )